Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman membidas kenyataan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin yang didakwa menyindir dan bergurau kasar, seolah-olah penderitaan orang lain itu bahan hiburan hujung tahun yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, tindakan tersebut seolah-olah menjadikan penderitaan sebagai bahan hiburan hujung tahun yang dianggap sebagai melampau dan biadap.
“Ini bukan politik matang… ini kurang ajar, melampau, biadab dan miskin empati. Ini juga membuktikan bahawa usaha berterusan menjatuhkan parti Dap adalah tepat dan memang tidak boleh dibuat kawan. Kini makin terserlah perangai ‘chauvinist’ dan kiasu golongan ‘rasis’ ini.
“Berbeza pandangan itu biasa, tetapi meraikan kesedihan orang lain adalah tanda keangkuhan yang menjijikkan. Kuasa tidak memberi lesen untuk menghina, dan jawatan tidak menghalalkan sikap sombong.
“Kami memilih untuk bersabar. Tapi jangan silap… kesabaran itu ada hadnya. Hari ini mungkin kamu ketawa. Esok, rakyat akan menilai siapa sebenarnya kosong adab dan kosong jiwa… sebagaimana kosongnya orang Sabah menolak kamu. Jangan menyesal,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Terus Melangkah Dengan Prinsip, Kesatuan Diperkukuh – Ahmad Zahid
- Pendidikan Asas Penting Bentuk Masa Depan Masyarakat – Suhaimi Nasir
Desa Kirana Pacu Pelancongan Desa Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Terdahulu, Yeo Bee Yin pada semalam menulis “another reason to celebrate this year end” (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini”) sambil melampirkan pautan berita dari sebuah portal yang bertajuk ‘No house arrest for Najib’.
Hantaran itu dimuat naik selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching memutuskan Titah Adendum tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
Kenyataan Bee Yin itu kemudiannya mencetuskan reaksi kurang senang pemimpin UMNO, yang bertindak membidas pemimpin Dap tersebut. – UMNO Online
Politik Biadap, Miskin Empati… Cauvinis Terserlah – TPr Abdul Razak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku
- Kes Titah Adendum: Dr Asyraf Ingatkan Yeo Bee Yin Jangan Kurang Ajar
- Hormat Undang-undang, Bukan Sorak Keputusan Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keadilan Adalah Proses Perundangan, Bukan Bahan Pesta Atau Menyindir
You must be logged in to post a comment.