Ahli GRS Sertai BN, Cermin Gelombang Perubahan – Suhaimi
Ahli GRS Sertai BN, Cermin Gelombang Perubahan – Suhaimi

Menurut Suhaimi, tindakan tersebut mencerminkan gelombang perubahan yang semakin jelas di peringkat akar umbi, apabila semakin ramai ahli parti lawan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PGRS yang dilihat gagal mentadbir dengan baik bukan sahaja dalam urusan kerajaan, malah pentadbiran parti sendiri yang semakin kucar-kacir.
“Penyertaan mereka bukan perkara kecil. Apabila Timbalan Ketua Bahagian bersama ratusan ahli keluar parti, itu menunjukkan ada krisis kepercayaan yang serius terhadap kepimpinan sedia ada,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian di Pulau Nunuyan, di sini.
Simbolik kepada acara berkenaan, Suhaimi menyarungkan baju BN kepada Emran Elan serta menaikkan bendera BN di PDM berkenaan dengan iringan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ yang dinyaikan bersama seluruh jentera BN yang lain.
Suhaimi turut merakamkan penghargaan kepada Emran Elan dan seluruh ahli yang kembali bersama UMNO dan BN, menyifatkan ia sebagai lonjakan semangat baharu kepada jentera kempen BN di DUN Sg Sibuga.

“Kehadiran mereka ini menjadi isyarat jelas bahawa rakyat mahu perubahan. Sokongan lebih 300 orang hari ini memberi kekuatan tambahan kepada jentera BN untuk memastikan kemenangan lebih besar di Sibuga,” tegasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
Dalam masa yang sama, Suhaimi turut mendedahkan bahawa tiga cawangan Parti Warisan, termasuk satu di Sungai Korek, juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti masing-masing.
“Bukan sekadar kebimbangan lagi, mereka kini sudah hilang kepercayaan sepenuhnya terhadap kepimpinan parti sendiri. BN kekal sebagai wadah yang stabil, berpengalaman dan diyakini rakyat,” katanya.
DUN Sungai Sibuga menyaksikan pertandingan lima penjuru melibatkan Ismail Md Said (PIS), Nurulalsah Hassan Alban (Warisan), Norani Asmatil (PN-Bersatu), Datuk Amirshah Yaakub (GRS-Gagasan Rakyat). – UMNO Online
Ahli GRS Sertai BN, Cermin Gelombang Perubahan – Suhaimi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
You must be logged in to post a comment.