Penduduk resah kerap jumpa pocong tepi jalan
Penduduk resah kerap jumpa pocong tepi jalan

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Majalengka, wilayah Jawa Barat resah apabila beberapa insiden penampakan pocong didakwa kerap berlaku, menyebabkan ramai yang ketakutan untuk keluar pada waktu malam, lapor laman berita Times Indonesia.
Kisah mengenai pocong bermula apabila seorang petugas kesihatan dikatakan bertembung dengan makhluk itu ketika mahu merawat penduduk sakit di Kampung Babakan Kareo.
Semasa melintasi lereng menuju ke kampung itu, petugas kesihatan tersebut berkata, dia dikejutkan oleh satu susuk berwarna putih seperti pocong yang berdiri diam di tepi jalan.
Ketua Kampung Babakan Kareo, Nanang Suryana mengesahkan bahawa cerita itu telah tersebar. Dia berkata, beberapa peniaga tempatan juga telah melaporkan kejadian seumpama itu, biasanya berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke pasar pada awal pagi.
“Mereka melihat susuk putih itu di tempat yang sama. Cerita itu berulang, biasanya antara pukul 10 malam hingga 3 pagi (waktu tempatan),” katanya.
Fenomena itu lebih membimbangkan kerana ramai penduduk terpaksa melintas laluan tersebut pada waktu malam.
Ada yang percaya bahawa penampakan itu benar, manakala yang lain percaya bahawa ia hanyalah khabar angin. – AGENSI
Penduduk resah kerap jumpa pocong tepi jalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.