Dua buruh asing maut jatuh tingkat 14 pangsapuri dalam pembinaan

Dua buruh asing maut jatuh tingkat 14 pangsapuri dalam pembinaan

Dua buruh asing maut jatuh tingkat 14 pangsapuri dalam pembinaan
Kelihatan pekerja buruh binaan warga asing bekerja di sebuah tapak pembinaan. – Foto hiasan NSTP

SHAH ALAM: Dua buruh maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri dalam pembinaan di Petaling Jaya, minggu lalu.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor, kejadian jam 2 petang 18 Oktober membabitkan dua lelaki warga asing.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kedua-dua mangsa ditugaskan membuat pemasangan ‘aluminium lourve panel‘ di koridor tingkat 14 pangsapuri.

“Mereka jatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11. Mangsa pertama maut di lokasi kejadian manakala mangsa kedua di Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

JKKP Selangor mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu di lokasi kejadian kepada majikan untuk menghentikan serta-merta kerja di tempat tinggi di tapak pembinaan sehingga siasatan selesai dijalankan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak bertanggungjawab di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” kata JKKP.

Dua buruh asing maut jatuh tingkat 14 pangsapuri dalam pembinaan

Dua buruh asing maut jatuh tingkat 14 pangsapuri dalam pembinaan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker