Lelaki Bangladesh mati dijerut, suspek dan lima lelaki ditahan

Lelaki Bangladesh mati dijerut, suspek dan lima lelaki ditahan

Lelaki Bangladesh mati dijerut, suspek dan lima lelaki ditahan

YAN: Lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan kesan jerutan di leher dan luka di bahagian bibir dipercayai dibunuh rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, mangsa berusia 37 tahun itu ditemukan mati di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Jalan Yan, Teroi, Guar Chempedak, di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian dipercayai pada jam 1 tengah hari tadi ketika pengadu iaitu lelaki berusia 42 tahun itu menegur mangsa kerana lewat untuk ke tempat kerja.

“Mansa melihat pengadu dalam keadaan tidak puas hati lalu pengadu mengambil besi kecil dan mangsa pula pergi ke dapur mengambil parang serta terus melibas parang terbabit ke arah pengadu.

“Pengadu mengelak dan melempar besi ke lantai dan mencapai wayar kabel berhampiran sebelum menjerut leher mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Ketika berlaku pergelutan, pengadu mendapati mangsa tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Hamizi berkata, berikutan itu pengadu datang ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, tempat kejadian adalah sebuah rumah satu tingkat mempunyai tiga bilik yang didiami oleh pekerja buruh binaan jambatan di Bukit Jenun, Pendang terdiri daripada dua lelaki tempatan dan lima warga negara Bangladesh termasuk suspek dan mangsa.

“Susulan daripada itu, polis menahan enam lelaki termasuk dua warga tempatan dan empat warga Bangladesh berusia antara 29 hingga 44 tahun untuk membantu siasatan.

“Kita turut merampas satu gulung wayar, sebilah parang dan sebatang besi konkrit untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohamad Hamizi berkata, permohonan reman akan dilakukan terhadap kesemua suspek, esok.

Lelaki Bangladesh mati dijerut, suspek dan lima lelaki ditahan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker