Lebih sejam ‘bertarung’ naikkan keli terbesar

Lebih sejam ‘bertarung’ naikkan keli terbesar

Lebih sejam ‘bertarung’ naikkan keli terbesar
Sekumpulan pemancing bersama ikan keli gergasi yang ditangkap di Takungan Rybnik kelmarin. – Polska Akademia Wedkarska

WARSAW – Sekumpulan pemancing menangkap ikan ‘catfish’ gergasi sepanjang 2.92 meter di sebuah kolam takungan di Poland selepas bertarung lebih satu jam, lapor laman berita TVP World.

Kumpulan pemancing daripada Akademi Pancing Poland membuat tangkapan luar biasa itu di Takungan Rybnik, wilayah Silesia kelmarin.

“Untuk menaikkan ikan itu, kami mengambil masa lebih sejam.

“Apabila kami cuba melihat ikan apa yang terperangkap pada joran, kami terkejut kerana ikan itu bagaikan seekor raksasa,” kata salah seorang pemancing berkenaan, Krzysztof Pyra.

Kumpulan itu berjaya mencatatkan rekod dunia untuk spesies catfish terbesar yang ditangkap menggunakan joran.

Pencapaian mereka mengatasi pemegang rekod sebelumnya, Alessandro Biancardi dari Itali yang menangkap catfish sepanjang 2.85 meter. – AGENSI

Lebih sejam ‘bertarung’ naikkan keli terbesar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker