Tiga mata yang cukup bermakna – Maguire
Tiga mata yang cukup bermakna – Maguire

Liverpool: Harry Maguire menegaskan kemenangan 2-1 di laman Liverpool akan dijadikan sebagai “motivasi” buat Manchester United untuk terus bangkit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-84 selepas melonjak tinggi melepasi kepungan pemain dalam kotak penalti, menewaskan penjaga gol Giorgi Marmardashvili ketika aksi masih terikat tanpa jaringan.
Kemeriahan jelas terpancar di bahagian penyokong pelawat apabila Maguire berlari ke arah mereka sambil menepuk lambang United di dadanya meraikan kemenangan pertama pasukan itu di Anfield sejak 2016.
Bagaimanapun, Maguire menegaskan skuad kendalian Ruben Amorim tidak boleh leka dengan kejayaan itu, sebaliknya perlu menjadikannya sebagai dorongan untuk terus memperbaiki prestasi.
“Kami tidak akan terlalu teruja kerana kami tahu kelab ini tidak berada dalam kedudukan untuk berasa selesa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Kami perlu menggunakan kemenangan ini sebagai motivasi untuk mencapai tahap seperti yang Liverpool capai dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerana itulah tahap sebenar yang sepatutnya ditunjukkan oleh kelab ini.
“Sudah tentu kemenangan ini sangat bermakna untuk minggu ini, tapi kami perlu terus fokus kerana selepas ini kami menentang Brighton di laman sendiri, Sabtu depan.
“Kami tahu ini kemenangan besar dan ramai akan bercakap mengenainya, tetapi kami perlu kekal tenang dan fokus,” katanya.
Maguire mengakui kemenangan di Anfield itu bukan sekadar tambahan tiga mata, sebaliknya membawa makna besar buat seluruh pasukan.
“Ia bermakna segalanya. Memang benar orang kata ia hanya tiga mata, tapi hakikatnya ia lebih daripada itu.
“Ia amat bererti buat pemain, kelab dan penyokong. Untuk datang ke sini dan menewaskan Liverpool pasukan yang berada di tahap tinggi selama ini memang cukup memuaskan selepas beberapa tahun mereka lebih baik daripada kami,” katanya.
Tiga mata yang cukup bermakna – Maguire
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.