Slot lega Gravenberch, Konate kembali ke pangkuan Liverpool
Slot lega Gravenberch, Konate kembali ke pangkuan Liverpool

London: Arne Slot meredakan kebimbangan berhubung kecederaan yang dialami Ryan Gravenberch dan Ibrahima Konate menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan Manchester United.
Selepas tergelincir daripada kedudukan teratas susulan dua kekalahan berturut-turut kepada Crystal Palace dan Chelsea, Liverpool akan menerima kunjungan seteru tradisi mereka di Anfield esok, gelanggang yang tidak pernah menyaksikan kemenangan United sejak 2016.
Penjaga gol, Alisson Becker, sudah pun disahkan tidak dapat beraksi dan dijangka berehat sehingga pertengahan November akibat kecederaan hamstring yang dialaminya ketika kekalahan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Galatasaray.
Konate pula dikeluarkan pada babak kedua ketika tewas kepada Chelsea di Stamford Bridge sebelum rehat antarabangsa, namun tetap menyertai skuad Perancis pada minggu berikutnya.
Bagaimanapun, dia tidak tersenarai ketika kemenangan 3-0 ke atas Azerbaijan Jumaat lalu dan dihantar pulang ke Liverpool keesokan harinya selepas Persekutuan Bolasepak Perancis mengesahkan dia mengalami kecederaan otot paha (quadriceps).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Sementara itu, Gravenberch beraksi selama 45 minit bersama skuad Belanda Ahad lalu sebelum jurulatih Ronald Koeman mengesahkan dia digantikan akibat kecederaan hamstring.
Bercakap pada sidang media, Slot mendedahkan Gravenberch kini “benar-benar cergas” manakala Konate dijangka kembali menyertai sesi latihan petang ini.
“Ryan kini benar-benar cergas. Kami masih perlu menjalani dua sesi latihan lagi, tetapi jika anda tanya saya sekarang, dia berada dalam keadaan cergas sepenuhnya,” kata Slot.
Slot lega Gravenberch, Konate kembali ke pangkuan Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.