Emery lega dua tonggak utama kembali pulih
Emery lega dua tonggak utama kembali pulih

London: Unai Emery memberikan perkembangan terkini mengenai Ollie Watkins selepas penyerang Aston Villa itu menarik diri daripada skuad England akibat kecederaan.
Selepas rehat antarabangsa, Villa akan berkunjung ke Tottenham esok dengan harapan meneruskan rentak cemerlang mereka selepas permulaan musim yang agak sukar.
Bagaimanapun, mereka mungkin terpaksa beraksi tanpa penyerang utama itu selepas Watkins mengalami kecederaan ketika membantu skuad England meraih kemenangan dalam aksi persahabatan menentang Wales minggu lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 3-0 di Stadium Wembley, namun terpaksa dikeluarkan pada separuh masa selepas terhentak tiang gol ketika cuba melakukan sentuhan jarak dekat.
Dia kemudiannya menarik diri daripada skuad sebelum kemenangan 5-0 England ke atas Latvia kemenangan yang memastikan tempat mereka ke Piala Dunia tahun depan sekali gus menimbulkan keraguan terhadap penyertaannya menentang Spurs.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Kami akan berlatih lagi dan secara normalnya dia akan bersedia untuk beraksi esok,” kata pengurus Villa itu.
Emery turut berkongsi perkembangan positif mengenai tahap kecergasan beberapa pemain lain termasuk Emi Buendia dan Jadon Sancho.
“Kedua-duanya menjalani latihan penuh sepanjang minggu dan akan tersedia untuk perlawanan sekiranya mereka menunjukkan prestasi baik dalam latihan esok.
“Tyrone Mings juga menunjukkan peningkatan secara beransur-ansur. Dia berlatih secara individu minggu ini untuk menambah kekuatan. Hari ini kami akan menilai keadaannya.
“Perancangannya adalah untuk dia berlatih bersama pasukan dan selepas sesi latihan, kami akan tentukan sama ada dia akan bersama kami ke London atau tidak,” katanya.
Watkins bagaimanapun belum menemui sentuhan terbaiknya musim ini, hanya menjaringkan satu gol dalam 10 penampilan di semua pertandingan dengan Villa kini menghuni tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris.
Emery lega dua tonggak utama kembali pulih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.