Bapa arah anak pukul pembuli sampai menangis

Bapa arah anak pukul pembuli sampai menangis

Bapa arah anak pukul pembuli sampai menangis
Tangkap layar video menunjukkan kanak-kanak itu menumbuk pembulinya di dalam bas sekolah. – Jabatan Polis Ferguson

FERGUSON, MISSOURI – Seorang lelaki di negeri Missouri mengundang perhatian orang ramai apabila mengarahkan anak perempuannya berumur 6 tahun memukul seorang pembuli sehingga menangis, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku di bandar Ferguson, daerah St. Louis pada 9 Oktober lalu.

Rakaman video kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan lelaki dikenali sebagai Fox itu menaiki bas sekolah lalu menyuruh anak perempuannya untuk memukul seorang murid  senior.

Selepas mendengar arahan bapanya, dia segera menumbuk pembuli tersebut.

Walaupun telah dipukul, Fox tidak berpuas hati dan mengarah anaknya untuk mengasari pembuli itu sehingga dia menangis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Saya mahu dia menangis. Sekali lagi!” kata Fox di dalam video

Fox tampil menjelaskan bahawa perbuatan itu adalah pilihan terakhir selepas pihak sekolah gagal mengambil tindakan ke atas pembuli anaknya.

“Ia bukan keputusan yang mudah. Namun, ia adalah satu-satunya tindakan yang menghalang kanak-kanak lain daripada membuli anak saya,” kata Fox.

Jabatan Polis Ferguson telah mengeluarkan waran untuk menangkap Fox atas pertuduhan menyerang dan menceroboh. – AGENSI

Bapa arah anak pukul pembuli sampai menangis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker