Arif Aiman calon Pemain Terbaik Asia
Arif Aiman calon Pemain Terbaik Asia

Kuala Lumpur: Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi akui teruja dan berbesar hati apabila tersenarai sebagai calon pertama dari Malaysia bagi anugerah Pemain Terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang bakal diumumkan pada majlis Anugerah AFC di Pusat Kebudayaan Raja Fahad, Riyadh, awal pagi ini.
Arif, 23, menjadi perhatian seluruh rantau Asean apabila namanya diumumkan sebaris dengan dua bintang Asia ternama, Akram Afif dari Qatar dan Salem Al Dawsari dari Arab Saudi, yang masing-masing adalah pemenang terdahulu anugerah berprestij itu.
Bagi pemain muda kelahiran Pahang itu, pencalonan berkenaan bukan sahaja satu penghormatan besar, tetapi juga menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja lebih keras dalam usaha mengangkat nama Malaysia di pentas bola sepak Asia.
“Saya sentiasa berikan yang terbaik untuk kelab dan negara, dan saya amat teruja menjadi pemain Malaysia pertama yang berada di sini,” kata Arif yang muncul calon kedua dari Asia Tenggara selepas pemain Thailand, Therdsak Chaiman pada 2003.
“Ini baru permulaan bagi saya. Saya perlu bersedia bekerja lebih keras dan menumpukan sepenuh komitmen untuk mencapai tahap seperti Salem dan Akram.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Saya akan menjadikan mereka sebagai contoh dan dorongan untuk memikul tanggungjawab serta mencapai tahap tertinggi,” kata tonggak utama skuad Harimau Malaya itu pada majlis pengenalan calon anugerah Pemain Terbaik AFC 2025 di Riyadh itu.
Majlis Anugerah AFC 2025 bakal menyaksikan sejarah baharu tercipta apabila Akram berpeluang menjadi pemain pertama memenangi anugerah itu tiga kali, sementara Salem pula berpotensi muncul pemenang berganda pertama dari Arab Saudi.
Ketiga-tiga calon itu menikmati musim 2024/25 yang cemerlang bersama kelab dan pasukan kebangsaan masing-masing, sekali gus menjadikan saingan edisi ke-29 anugerah berprestij berkenaan antara yang paling dinanti-nantikan.
Bagi peminat tempatan, kehadiran Arif di pentas tertinggi bola sepak Asia menjadi bukti bahawa pemain muda negara kini mula mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, satu perkembangan yang pastinya menaikkan semangat seluruh warga bola sepak tanah air.
Arif Aiman calon Pemain Terbaik Asia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.