Mangsa kereta terjunam dalam Sungai Panchor ditemukan lemas

Mangsa kereta terjunam dalam Sungai Panchor ditemukan lemas

Mangsa kereta terjunam dalam Sungai Panchor ditemukan lemas
Kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor dinaikkan menggunakan kren. – Foto ihsan Bomba

MUAR: Selepas hampir 12 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mangsa kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor, petang semalam akhirnya ditemui.

Bagaimanapun, mangsa, Mud Husni Mahmud, 47, ditemukan meninggal dunia sebaik kereta dipandunya dinaikkan pasukan penyelamat pada jam 1 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Nor Alfatah Omar, berkata mayat mangsa ditemukan selepas kenderaan itu dinaikkan menggunakan kren.

Katanya, pada jam 10.21 malam, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) berjaya menemui kenderaan itu pada jarak kira-kira 50 meter dari tebing pada kedalaman 15 meter sebelum kerja-kerja menaikkan kereta dijalankan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1.38 pagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“PPDA melakukan selaman pertama pada jam 5.50 petang menggunakan teknik ‘arch pattern’ dan selaman kedua menyusul sejam kemudian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati benar terdapat sebuah kereta dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira 12 meter.

“Maklumat awal saksi menyatakan terdapat seorang mangsa yang juga pemandu berada dalam kenderaan berkenaan. Operasi pencarian dijalankan menggunakan bot dan teknik surface searching,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 1.38 pagi.

Seramai 20 anggota dari beberapa balai termasuk BBP Pagoh, BBP Muar dan BBP Skudai terlibat dalam operasi itu dengan kekuatan dua bot fiber serta beberapa jentera sokongan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


“Dengan penemuan mangsa terbabit, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.38 pagi,” katanya.

Mangsa kereta terjunam dalam Sungai Panchor ditemukan lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker