Kakitangan MPHS meninggal dunia ketika berbasikal
Kakitangan MPHS meninggal dunia ketika berbasikal

SHAH ALAM: Kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) meninggal dunia di hadapan sebuah stesen minyak di Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Batang Kali, Hulu Selangor semalam.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Saiful Izzuwan Roslan, 39.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, berkata polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 11.15 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang tidak sedarkan diri sedang menjalankan aktiviti berbasikal secara bersendirian.
“Pemeriksaan ke atas badan mangsa didapati tiada kesan kecederaan luaran, pergelutan dan lain lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Ibrahim berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Khadijah Nus di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Sementara itu, MPHS menerusi hantaran di Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Kakitangan MPHS meninggal dunia ketika berbasikal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.