Kenyataan mansuh program matrikulasi: Polis rakam keterangan 17 saksi
Kenyataan mansuh program matrikulasi: Polis rakam keterangan 17 saksi

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan 17 saksi dalam siasatan terhadap Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Tang Yi Ze, berhubung kenyataannya yang menggesa pemansuhan program matrikulasi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Setakat ini, keterangan daripada 17 saksi sudah diambil dan siasatan terhadap kenyataan Tang mengenai pemansuhan program matrikulasi serta cadangan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya syarat kemasukan ke universiti awam masih diteruskan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
“Setakat ini, keterangan daripada 17 saksi sudah diambil dan siasatan terhadap kenyataan Yi Ze masih diteruskan.
“Ini termasuk mengenai pemansuhan program matrikulasi serta cadangan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya syarat kemasukan ke universiti awam,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
23 September lalu, polis merakam keterangan Yi Ze selepas 14 laporan polis dibuat berhubung isu berkenaan.
Sebelum ini, Yi Ze mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan pemansuhan program matrikulasi dan mencadangkan kemasukan ke universiti awam hanya berasaskan keputusanSTPM.
Beliau kemudian memohon maaf dan menjelaskan bahawa penggunaan perkataan ‘hapuskan’ sudah menimbulkan salah faham.
Saifuddin berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Guan Eng (PH–Bagan) yang meminta penjelasan mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan.
Guan Eng turut bertanya mengenai tindakan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang sebelum ini mencadangkan pemansuhan sekolah vernakular.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Mengulas perkara itu, Saifuddin menjelaskan bahawa tiada laporan polis diterima berkaitan kenyataan Dr Akmal.
Terdahulu, Dr Akmal mencadangkan sistem pendidikan vernakular dikaji semula susulan kebimbangan terhadap pemisahan dan kurangnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Beliau mendakwa, ketegangan yang semakin meningkat berpunca daripada sistem pemisahan sejak peringkat awal pendidikan yang menurutnya menyumbang kepada kurangnya interaksi antara kaum.
Kenyataan mansuh program matrikulasi: Polis rakam keterangan 17 saksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.