Rider GrabFood maut, rakan cedera motosikal terbabas ke dalam longkang
Rider GrabFood maut, rakan cedera motosikal terbabas ke dalam longkang

MELAKA: Niat dua sahabat penghantar GrabFood untuk makan bersama tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka maut selepas motosikal ditunggang terbabas ke dalam longkang di Jalan Sungai Udang-Tangga Batu.
Kejadian kira-kira jam 5 petang semalam mengorbankan Muhammad Azli Syah Mohd Sobri, 20, yang sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai makan di Tangga Batu dengan menunggang motosikal Honda RSX dari Sungai Udang.
Mangsa dikatakan mahu makan bersama rakannya, Muhammad Shafiq Sahadan, 26, yang membonceng, namun motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang ketika dipercayai cuba memotong sebuah van dari sebelah kiri.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata siasatan awal mendapati van berkenaan dipandu seorang pesara tentera berusia 66 tahun, juga dari arah sama.
“Semasa lelaki berkenaan memperlahankan vannya untuk membelok ke kiri menuju Medan Niaga Sungai Udang, datang motosikal mangsa dari arah belakang memotong dari sisi sebelah kiri dan terbabas masuk ke dalam longkang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
“Pembonceng pula cedera kaki kiri dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan, manakala pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kemalangan akibat motosikal memotong dari sebelah kiri dan terbabas ke dalam longkang, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kedua-dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar menjalani pemeriksaan teknikal di PUSPAKOM dan polis juga sedang mengesan saksi, rakaman papan pemuka kenderaan berhubung kemalangan itu serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat dan gambar kemalangan itu di WhatsApp, memaparkan sekujur tubuh individu masih bertopi keledar dan ditutup dengan kain sejadah di dalam longkang berserta keterangan untuk mengesan waris. Seorang lagi individu yang cedera duduk di tepi longkang sambil ditenteramkan orang awam sementara menunggu ambulans.
Rider GrabFood maut, rakan cedera motosikal terbabas ke dalam longkang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
You must be logged in to post a comment.