Dua rumah hangus, 13 ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang
Dua rumah hangus, 13 ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang

KUALA NERUS: Seramai 13 orang daripada keluarga dua beradik tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.
Kejadian jam 6 pagi menyebabkan dua beradik terbabit, Mohd Yusof Paksa, 51 dan Razani Paksa, 68, dari Kampung Lima Amas, Batu Enam, di sini, masing-masing kerugian hampir RM100,000.
Mohd Yusof berkata, ketika kejadian kakaknya yang tinggal di rumah bersebelahan berada di rumah anaknya di Johor.
Katanya, kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian dapur rumah wanita terbabit yang juga ibu tunggal.
“Ketika menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah, saya terdengar bunyi seperti kayu terbakar dan terkejut melihat sebahagian dapur rumah kakak terbakar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Api marak cepat, saya tidak sempat menyelamatkan barangan dan pelbagai dokumen kecuali hanya beberapa pakaian yang sempat dicapai,” katanya ditemui di lokasi.
Mohd Yusof yang bekerja sebagai pemotong rumput berkata, kejadian itu menyebabkan dia bersama isteri, Wan Nurul Hayati Che Rahman, 42 dan enam anak hilang tempat tinggal.
Lebih memilukan apabila rumah didiami keluarganya itu adalah pusaka peninggalan arwah bapa yang dibina sejak 51 tahun lalu.
Katanya, motosikal dan vespa miliknya juga hangus selain barangan kemas milik isteri, anak dan menantu.
“Wang RM3,000 yang saya baharu keluarkan dari bank semalam untuk kegunaan harian selain mahu membeli dua kipas juga hangus,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Sementara itu, anak kepada Razani – Rahimah Abdul Aziz, 38, berkata dia bersyukur kerana kakak ipar dan dua anak saudara selamat berikutan ketika kejadian mereka sedang tidur.
“Kebetulan ketika kejadian hanya kakak ipar dan dua anak saudara sahaja yang ada manakala ibu ke rumah adik di Johor dan abang, Abdul Helmi, 39, bekerja di Kerteh.
“Pagi tadi kebetulan kakak balik dan tiba jam 6.15 pagi ketika api sedang marak. Biarlah kami kehilangan tempat tinggal dan semua barangan musnah, saya bersyukur semua ahli keluarga termasuk keluarga bapa saudara selamat,” katanya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 6.19 pagi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Dua rumah hangus, 13 ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.