Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

Penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah tampil menafikan dakwaan kononnya aksi ‘flying kiss’ yang dilakukannya ketika persembahan Janji With Dayang di Menara Kuala Lumpur malam tadi ditujukan khas buat komposer dan penyanyi Hael Husaini. Menurut Dayang, 46, isyarat itu sebenarnya untuk semua peminat yang hadir sebagai tanda terima kasih atas sokongan padu mereka.

Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

Momen tersebut tular apabila rakaman menunjukkan Dayang melemparkan ‘flying kiss’ ke arah penonton, namun posisinya ketika itu berdepan dengan Hael yang berdiri di sudut pentas. Lebih menguatkan spekulasi, Hael turut membalas aksi itu dengan gaya ‘menyimpan’ ciuman udara berkenaan di dalam hati, sekali gus membuat ramai penonton teruja dengan momen penuh romantis itu. Bagaimanapun, Dayang menegaskan bahawa persembahannya tidak diselitkan dengan sebarang mesej peribadi seperti yang didakwa netizen.

“Flying kiss itu untuk semua peminat sebagai tanda terima kasih. Tidak ada yang lebih daripada itu,” jelas pelantun lagu Lemah itu.

Di sebalik kehangatan persembahan berdurasi hampir dua jam itu, Dayang sebenarnya tampil dalam keadaan kurang sihat. Dia mengakui menahan sakit sepanjang persembahan apabila telinganya berdengung dan tekak berkeladak. Walaupun berhasrat untuk tidak berkongsi keadaan kesihatannya, Dayang terkejut apabila perkara itu sampai juga ke pengetahuan media.

Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

“Ya memang saya tidak sihat, mungkin sebab musim orang demam sekarang. Tapi saya tak mahu jadikan ia alasan. Peminat sanggup datang berpanas, mendaki bukit untuk menonton persembahan saya, jadi tanggungjawab saya adalah menghiburkan mereka,” katanya lagi.

Dayang menegaskan masalah kesihatan bukan penghalang untuknya memberikan persembahan terbaik kerana apa yang lebih penting adalah kepuasan peminat yang hadir. Katanya, selama ini dia jarang mendedahkan masalah kesihatan kerana tidak mahu perkara itu dilihat sebagai alasan untuk tidak beraksi dengan baik di pentas.

Walau Hanya Showcase, Dayang Nurfaizah Tetap Bikin Penonton Terpesona Dengan Magis Janji

Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

Malam tersebut menyaksikan Dayang mempersembahkan rangkaian lagu daripada album terbaharunya Janji, termasuk Lemah, Mungkin Ke, Tulus dan Akhirnya Bahagia. Dia turut mendendangkan beberapa lagu popular terdahulu seperti Mana Mungkin, Hakikat Cinta dan Dayang Sayang Kamu, sekali gus mengubat kerinduan peminat yang hadir.

Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker