Kakitangan JKR jatuh bot ditemukan lemas
Kakitangan JKR jatuh bot ditemukan lemas

ROMPIN: Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Kedaik Asal dekat Muadzam Shah di sini semalam, ditemukan lemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata Saharudin Harun, 44, ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan penyelamat pada jam 11.25 pagi tadi, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Katanya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dan lengkap berpakaian.
“Berdasarkan siasatan mangsa dan rakannya tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian dan Saharudin dipercayai tidak pandai berenang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, Saharudin yang bertugas sebagai pembantu mekanikal di JKR Kuantan dan rakannya berusia 48 tahun, menaiki bot di sungai terbabit untuk memancing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Bot itu dilaporkan tersangkut pada tali pukat, menyebabkan mangsa tercampak ke sungai dan hilang dihanyutkan arus.
Mangsa cuba diselamatkan oleh rakannya tetapi gagal berikutan arus deras manakala enjin bot tidak dapat dihidupkan.
Operasi mencari dan menyelamat disertai bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilancarkan sejurus mangsa dilaporkan hilang pada jam 10.28 pagi semalam.
Mayat dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.
Kakitangan JKR jatuh bot ditemukan lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.