Polis tahan pasangan kekasih kes tipu sewa kamera
Polis tahan pasangan kekasih kes tipu sewa kamera
KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang kekasih yang disyaki melakukan penipuan dalam urusan sewa kamera digital sehingga mengakibatkan kerugian RM13,600.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor menerima laporan daripada tiga pengadu yang menjalankan khidmat sewaan kamera, masing-masing satu di Ampang Jaya, Kajang dan Sepang, membabitkan kejadian antara Julai hingga bulan ini.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati semua mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada seorang wanita yang kononnya berminat menyewa kamera digital milik mereka.
“Modus operandi sindiket ini adalah memperdaya mangsa untuk menyerahkan kamera digital kononnya untuk disewa. Suspek kemudian datang berjumpa mangsa di rumah mereka sebelum kamera diserahkan.
“Kamera milik tiga pengadu disewakan dengan kadar antara RM115 hingga RM180 sehari bergantung kepada jenis kamera, dengan perkhidmatan sewaan diiklankan di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Dalam kes ini, suspek hanya membuat bayaran untuk sewaan sehari sahaja dan selepas bayaran dibuat, suspek tidak mengembalikan kamera berkenaan dan tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas laporan polis yang diterima, pihaknya menahan seorang wanita tempatan yang disyaki suspek utama kes serta teman lelakinya, kedua-duanya berusia 18 tahun.
“Turut dirampas ialah peralatan telekomunikasi dan resit bayaran yang dipercayai digunakan untuk berurusan dengan mangsa serta kamera yang disewa daripada mangsa.
“Keseluruhan kerugian dialami ketiga-tiga mangsa mencecah RM13,600,” kata Shazeli yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Kata beliau, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan pertuduhan ke atas kedua-dua suspek dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
“Bagaimanapun, mereka tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan jaminan.
“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.
Shazeli turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan membabitkan urusan jual beli atau sewaan barangan secara dalam talian mahupun bersemuka.
“Orang ramai perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dan mendapatkan maklumat terkini melalui media sosial rasmi JSJK Bukit Aman di pautanĀ https://www.facebook.com/JSJKPDRM,” katanya.
Polis tahan pasangan kekasih kes tipu sewa kamera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.