FAM akan rayu keputusan FIFA

FAM akan rayu keputusan FIFA

FAM akan rayu keputusan FIFA
Aksi pemain kacukan Malaysia Rodrigo Holgado dan Joao Figueiredo pada perlawanan menentang Vietnam pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 Jun lalu.

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan negara.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya sudah menerima keputusan rasmi FIFA berhubung kes berkenaan dan menegaskan semua tindakan yang dilakukan adalah mengikut peraturan serta garis panduan sedia ada.

“Pemain terbabit dan FAM sendiri telah bertindak dengan niat baik serta penuh ketelusan sepanjang proses ini.

“Malah, FIFA sebelum ini telah meneliti kelayakan pemain berkenaan dan memberikan pengesahan rasmi bahawa mereka layak beraksi mewakili Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Beliau menjelaskan semua dokumentasi dan prosedur diuruskan secara telus dan mematuhi syarat yang ditetapkan, justeru keputusan FIFA untuk mengenakan hukuman dianggap mengejutkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Susulan itu, FAM akan menggunakan semua saluran dan prosedur perundangan yang ada bagi memastikan kepentingan pemain serta pasukan kebangsaan Malaysia sentiasa terpelihara.

“FAM kekal komited untuk bertindak tegas, mematuhi peraturan antarabangsa, serta mempertahankan integriti bola sepak negara,” katanya.

Pada masa sama, FAM akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Malaysia dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan proses rayuan berjalan secara telus, adil dan berlandaskan semangat kesukanan.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai proses rayuan dan langkah susulan akan dimaklumkan kepada umum kelak.

Terdahulu, FIFA mengenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) kepada FAM serta menggantung tujuh pemain warisan selama 12 bulan selepas didakwa melakukan pemalsuan dokumen kelayakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Semua pemain itu sebelum ini beraksi ketika Malaysia menentang Vietnam pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027, sekali gus mencetuskan kontroversi besar dalam kancah bola sepak negara.

FAM akan rayu keputusan FIFA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker