Warga emas rentung dalam kereta terbakar di Senggarang
Warga emas rentung dalam kereta terbakar di Senggarang

BATU PAHAT: Operasi memadam kebakaran sebuah kereta dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki rentung di tempat duduk pemandu di Pantai Sungai Lurus, Senggarang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata polis menerima panggilan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan itu.
Siasatan awal polis mendapati rangka terbabit adalah lelaki tempatan berusia 72 tahun.

“Namun, pengesahan rasmi identiti akan dijalankan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.
Jentera Bomba tak dapat masuk lokasi kerana jalan sempit
Dalam pada itu, pasukan bomba terpaksa menggunakan motosikal orang awam ke tempat kejadian berikutan jentera tidak dapat memasukinya disebabkan laluan sempit.
Komander Operasi Kanan Norhisam Abdul Talib berkata, tindakan awal operasi ialah menggunakan baldi untuk mengangkut air sungai berhampiran bagi memadam kebakaran.
Warga emas rentung dalam kereta terbakar di Senggarang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
You must be logged in to post a comment.