Toyota Alphard jatuh sungai bertembung kereta elak biawak, pemandu diselamatkan
Toyota Alphard jatuh sungai bertembung kereta elak biawak, pemandu diselamatkan

JITRA: Seorang lelaki diselamatkan orang awam selepas Toyota Alphard dipandunya terbabas ke sungai di Jalan Kampung Tok Mengkula, dekat Sanglang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang apabila kenderaan dipandu mangsa bertembung sebuah Proton Saga yang memasuki laluan bertentangan ketika cuba mengelak biawak melintas.
“Perlanggaran itu menyebabkan Toyota Alphard dari Kuala Sanglang, Perlis itu terbabas dan terjunam ke sungai,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Mohd Radzi berkata, mangsa diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan.
Beliau berkata, mangsa mengadu sakit pada dada dan badan, manakala pemandu Proton Saga itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Toyota Alphard berjaya dibawa naik dari sungai, manakala Proton Saga remuk di bahagian kanan hadapan,” katanya.
Toyota Alphard jatuh sungai bertembung kereta elak biawak, pemandu diselamatkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.