Silva salahkan tak cukup rehat punca City longlai di Emirates

Silva salahkan tak cukup rehat punca City longlai di Emirates

Silva salahkan tak cukup rehat punca City longlai di Emirates
REAKSI Silva dan John Stones selepas Martinelli menjaringkan gol penyamaan Arsenal. FOTO Reuters

London: Kapten Manchester City, Bernardo Silva, mengecam penyusunan jadual bola sepak kerana dianggap tidak menghormati dan tidak adil selepas pasukannya diberikan masa rehat sangat singkat untuk bersedia menghadapi perlawanan menentang Arsenal.

City memulakan perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Emirates pada Ahad hanya 66 jam selepas wisel penamat kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Napoli di laman sendiri.

Sedangkan pasukan Pep Guardiola tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat dan pulih daripada perlawanan menentang Napoli sebelum pertemuan penting Liga Perdana Inggeris (EPL) di London utara itu manakala Arsenal bermain perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara mereka menentang Athletic Bilbao dua hari lebih awal pada Selasa.

Silva berasakan keletihan dialami City menjadi faktor utama Arsenal mendominasi perlawanan selepas jaringan awal Erling Haaland, sebelum Gabriel Martinelli menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Guardiola menurunkan kesebelasan yang sama seperti ketika menentang Napoli, tanpa melakukan penggiliran pemain, namun Silva yakin jadual padat penyebab utama kekecewaan pasukannya di penghujung perlawanan.

“Hakikatnya, kami tidak sepatutnya turun ke salah satu perlawanan terpenting musim ini dalam keadaan serba kekurangan dari segi masa rehat. Ia tidak adil untuk bermain dalam keadaan begini. Ini tidak betul,” katanya.

“Mereka (Arsenal) ada lima hari, kami cuma dua setengah hari. Untuk perlawanan sepenting ini, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Ia jelas tidak mencukupi.

“Saya sendiri tidak berada dalam kondisi terbaik untuk bermain. Orang yang tidak pernah bermain di tahap tertinggi tidak faham betapa sukarnya bermain dalam perlawanan seperti ini. Anda perlu berada dalam kondisi fizikal yang sempurna.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Silva turut merujuk kecederaan yang menimpa Abdukodir Khusanov sebagai bukti betapa beratnya tuntutan perlawanan pada jadual yang padat.

“Saya rasa amat mengecewakan apabila kami tidak dapat beraksi pada tahap terbaik, hanya kerana keputusan seseorang yang merasakan adalah adil untuk kami bermain dengan dua setengah hari rehat kurang daripada Arsenal.”

Mengulangi keluhan yang sering disuarakan oleh ramai pemain bola sepak profesional mengenai beban yang semakin meningkat, Silva menyatakan waktu rehat yang terlalu singkat adalah beban yang tidak wajar.

“Lihat, saya faham jadual itu padat dengan pelbagai pertandingan, UEFA, Liga Perdana dan juga penyiar yang mahu menjana pendapatan,” katanya.

“Apa yang kami minta hanyalah sedikit ‘common sense’ kerana ini adalah antara perlawanan terbesar musim ini. Pemain-pemain perlu berada dalam kondisi fizikal yang setara, jika tidak, ia memang tidak adil.”

Silva turut meluahkan rasa kecewa kerana rayuan pemain jarang sekali diberi perhatian oleh pihak berkuasa bola sepak.

Silva salahkan tak cukup rehat punca City longlai di Emirates

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker