Lelaki cedera ditetak lelaki mabuk

Lelaki cedera ditetak lelaki mabuk

Lelaki cedera ditetak lelaki mabuk
– Foto hiasan

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki cedera di tangan dan kaki akibat ditetak individu yang tidak dikenalinya ketika sedang menunggu abangnya di bawah blok Flat Paya Nahu, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa berusia 30-an dikatakan pergi ke rumah abangnya di Blok A5 di flat itu kira-kira jam 3 petang.

Beliau berkata, ketika sampai di rumah abangnya, mangsa dimaklumkan oleh kakak iparnya bahawa abangnya tiada di rumah.

“Berikutan itu mangsa turun untuk menunggu abangnya di bawah blok itu namun secara tiba-tiba suspek iaitu lelaki berusia 20-an datang dan terus menetak mangsa.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa tidak mengenali suspek dan berdasarkan keterangan saksi kejadian, suspek dalam keadaan mabuk sejak dari awal pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Hanyan berkata, anggotanya di Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima maklumat pada jam 3.55 petang berhubung kejadian itu daripada orang awam memaklumkan ada pergaduhan di bawah flat berkenaan.

Beliau berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Siasatan lanjut akan dilakukan selepas permohonan reman terhadap suspek esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Lelaki cedera ditetak lelaki mabuk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker