Maut dihempap pokok: Karipap jadi ‘tanda’ perpisahan Herini untuk rakan baik

Maut dihempap pokok: Karipap jadi ‘tanda’ perpisahan Herini untuk rakan baik

Maut dihempap pokok: Karipap jadi 'tanda' perpisahan Herini untuk rakan baik
Jenazah Herini yang maut ditimpa pokok tumbang di Janda Baik, Pahang, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Olak Lempit selepas solat Maghrib malam tadi.

SEPANG: Pertemuan terakhir dengan sahabat baik seminggu lalu kini menjadi kenangan paling memilukan buat Ismadi Marwan, 55, selepas rakannya itu, Herini Muhammad Ali, 38, maut ditimpa pokok tumbang di tapak perkhemahan Pulau Santap di Janda Baik, Pahang, semalam.

Ismadi yang masih terkejut tidak menyangka kata-kata arwah ketika menghadiahkan karipap sempena majlis perkahwinan dua anaknya di sini pada Ahad lalu menjadi ‘tanda’ perpisahan.

“Arwah datang majlis itu bersama suami, Saidi Long, 43. Dia kata karipap itu hadiah ikhlas untuk ‘majlis kenduri’, ingatkan ia sekadar gurauan biasa, tetapi rupanya itu hadiah terakhirnya buat saya,” katanya.

Menurutnya, arwah seorang yang ringan tulang dan tidak pernah berkira membantu masyarakat, terutama ketika mereka sama-sama aktif dalam Persatuan Belia Perkasa Olak Lempit di Banting, Selangor.

“Kalau ada gotong-royong, dialah orang pertama turun padang dan tidak sangka seorang yang begitu periang pergi dengan cara yang begitu menyayat hati,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Dalam kejadian semalam, Herini maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, suaminya cedera bahu dan bahagian rusuk sebelah kiri, manakala anak lelaki mereka, Muhammad Iman Syahfie, 7, cedera dan menerima rawatan di Hospital Bentong.

Laporan mengenai insiden itu diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 7.56 pagi semalam.

Jenazah Herini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Olak Lempit selepas solat Maghrib malam tadi selepas disolatkan di Surau Haji Salleh di kampung berkenaan.

“Arwah mengusahakan perniagaan kuih sejuk beku dan baru Sabtu lalu kami berjumpa, dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda perubahan,” katanya.

Maut dihempap pokok: Karipap jadi ‘tanda’ perpisahan Herini untuk rakan baik

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker