Tunku Mahkota Ismail beli FK Sarajevo?
Tunku Mahkota Ismail beli FK Sarajevo?

Kuala Lumpur: Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail dilihat bakal mencari cabaran baharu apabila difahamkan akan menjadi pelabur utama kepada kelab dari Eropah iaitu Liga Bosnia, FK Sarajevo.
Menerusi laporan SportSport, Tunku Ismail kini semakin hampir untuk menjadi pemilik bersama kelab itu dan sekiranya terjadi, ia bakal membuka peluang pemain Harimau Selatan berhijrah ke liga berkenaan.
“Tunku Mahkota Ismail sekian lama mengimpikan peluang untuk melebarkan sayap ke pentas bola sepak Eropah dan kini sedang dalam proses memuktamadkan pengambilalihan struktur pemilikan di FK Sarajevo,” lapor portal SportSport.
Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana empat tahun lalu, Tunku Ismail juga pernah dikatakan ingin membeli saham sebuah pasukan di La Liga iaitu Valencia FC. Itu membuktikan bahawa Tuanku Ismail mempunyai cita-cita serta perancangan yang begitu mendalam dalam bola sepak.
Namun begitu, impian peminat tempatan untuk melihat perkara itu direalisasikan pada masa berkenaan tidak berlaku seperti dirancang walaupun Tunku Ismail memiliki hubungan yang rapat dengan pemilik kelab, Peter Lim yang juga ahli perniagaan terkenal Singapura.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Untuk makluman, FK Sarajevo dimiliki oleh orang Malaysia yang juga ahli perniagaan terkenal, Vincent Tan bersama seorang lagi rakannya dari Bosnia-Herzegovina, Ismir Mirvic.
Hasil tinjauan Arena Metro di laman transfermarkt.com, nilai pasukan FK Sarajevo adalah €12.63 juta (RM62.59 juta) dan ketika ini sedang menghuni tangga kelapan liga selepas tujuh perlawanan apabila hanya mencatatkan dua kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.
Sebagai rekod, akhbar ini pernah melaporkan tiga pemain remaja Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD), Izzuddin Afif Nazaruddin dan Muhammad Iman Danish Mohd Shukor serta Muhammad Ilhaam Azani Mohd Azamin pernah menjalani latihan bersama pasukan itu pada 5 hingga 26 Julai lalu.
Tunku Mahkota Ismail beli FK Sarajevo?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
You must be logged in to post a comment.