Berang warga asing beli minyak paket, juruteknik ditahan pukul penyelia pusat beli-belah

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang penyelia wanita di sebuah pusat beli-belah di Bandar Rincing, Semenyih, 14 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 6.50 petang hari kejadian daripada mangsa berusia 40 tahun mengenai insiden berkenaan.

“Siasatan mendapati suspek mengamuk dan memaki hamun pengadu kerana tidak berpuas hati dengan jualan minyak paket kepada warga asing.

“Pengadu cuba menenangkan suspek namun lelaki itu bertindak menyerang dari arah belakang lalu memukul belakang kepala mangsa dengan tangan sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Selasa lalu dan dibebaskan keesokannya dengan jaminan polis selepas direman sehari.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menggunakan perkataan kurang sopan.

“Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, suspek boleh dihukum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula memperuntukkan denda tidak lebih RM100,” katanya.

Naazron berkata, suspek yang mempunyai satu rekod kes dadah akan dituduh pada jam 9 pagi, esok di Mahkamah Bangi.

Berang warga asing beli minyak paket, juruteknik ditahan pukul penyelia pusat beli-belah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker