Kane jadi mimpi ngeri Chelsea

Kane jadi mimpi ngeri Chelsea

Kane jadi mimpi ngeri Chelsea
KANE (tengah) bantu Bayern benam Chelsea. FOTO AFP

Munich: Harry Kane terus membuktikan statusnya sebagai mesin gol apabila meledak dua kali membantu Bayern Munich menewaskan Chelsea 3-1 pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Gol pertama Bayern hadir selepas Trevoh Chalobah tersilap langkah sehingga tertampan bola hantaran Michael Olise ke gawang sendiri pada minit ke-20.

Tujuh minit kemudian, Kane menambah derita pelawat apabila menyempurnakan penalti.

Namun Chelsea pantas membalas dua minit selepas itu menerusi penyudah kemas Cole Palmer hasil serangan balas teratur.

“Itu persembahan terbaik menentang pasukan hebat,” kata Kane kepada DAZN.

“Kami tahu bertemu juara dunia kelab, jadi kami perlu bermula garang dari wisel pertama.”

Penyerang England itu kini mengumpul 10 gol daripada hanya enam perlawanan musim ini.

Jurulatih Bayern, Vincent Kompany enggan terlalu memuji anak buahnya sebagai pilihan utama kejuaraan.

“Ia baru satu perlawanan. Perjalanan masih panjang,” katanya.

Kapten Bayern, Manuel Neuer turut mencatat sejarah peribadi apabila meraih kemenangan ke-100 dalam UCL, hanya di belakang Cristiano Ronaldo, Thomas Mueller dan Iker Casillas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika


Kemenangan itu menyaksikan Bayern mengekalkan rekod sempurna 22 perlawanan pembukaan UCL sejak 2002.

Pengendali The Blues, Enzo Maresca mengakui kesilapan mudah menjadi punca kekalahan.

“Kami tidak boleh ulangi kesilapan sebegini, tetapi kekalahan ini boleh jadi permulaan sesuatu yang istimewa. Masih ada tujuh perlawanan untuk diperjuangkan,” katanya.

Walaupun Chelsea bermula garang dengan menekan tuan rumah, namun kesilapan Chalobah, kekasaran Moises Caicedo yang menghadiahkan penalti, serta hantaran cuai Malo Gusto jelas merosakkan usaha skuad London itu.

Kane yang digantikan pada masa kecederaan meninggalkan padang dengan sorakan gemuruh penyokong, manakala pemain pinjaman Chelsea, Nicolas Jackson sempat diberi peluang melakukan debut UCL menentang kelab asalnya.

Kane jadi mimpi ngeri Chelsea

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker