Bekas penjawat awam antara 3 disiasat kes penularan video berunsur hasutan dan penghinaan di TikTok

Bekas penjawat awam antara 3 disiasat kes penularan video berunsur hasutan dan penghinaan di TikTok

Bekas penjawat awam antara 3 disiasat kes penularan video berunsur hasutan dan penghinaan di TikTok
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu. – Foto NSTP/Saifullizan Tamadi.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap tiga kes penularan video di aplikasi TikTok yang berunsur hasutan, penghinaan dan permusuhan serta meniru gaya istiadat kerabat diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, berkata kes pertama berkaitan seorang bekas penjawat awam yang membuat komen berunsur hasutan serta penghinaan terhadap kerajaan dan pemimpin negara menerusi akaun TikTok @zamanharris82.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes kedua pula berkaitan seorang lelaki yang menggunakan akaun TikTok @no.wad mempertikai kerajaan dalam menangani insiden di Kampung Sungai Baru sehingga berkemungkinan menimbulkan permusuhan antara kumpulan dalam negara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Menurutnya, kes ketiga pula berkaitan penularan video memaparkan sebuah keluarga berpakaian serba kuning dan bertengkolok seperti gaya istiadat kerabat diraja dalam satu majlis aqiqah yang dipercayai menyalahgunakan lambang diraja.

M Kumar berkata, ketiga-tiga kes ini jelas menunjukkan penyalahgunaan media sosial dan kandungan digital yang boleh menimbulkan hasutan, penghinaan serta permusuhan dalam kalangan masyarakat.

“PDRM menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang terbabit, dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah serta bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruang awam mahupun media sosial,” katanya.

M Kumar berkata, semua kesalahan itu dijelaskan melalui peruntukan undang-undang sedia ada, antaranya hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 bagi kesalahan Akta Hasutan, selain denda sehingga RM1,000 di bawah Akta Lambang dan Nama 1963.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika


Tambah beliau, Seksyen 505 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

 

Bekas penjawat awam antara 3 disiasat kes penularan video berunsur hasutan dan penghinaan di TikTok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker