Ibu, anak antara 8 pegawai agensi penguat kuasa ditahan berkait ‘counter setting’
Ibu, anak antara 8 pegawai agensi penguat kuasa ditahan berkait ‘counter setting’

KUALA LUMPUR: Pasangan ibu dan anaknya antara lapan pegawai agensi penguat kuasa yang ditahan dalam Op Rentas berkait sindiket ‘counter setting’ yang dijalankan serentak di empat negeri sejak Selasa minggu lalu.
Menerusi TikTok rasmi SPRM hari ini mendedahkan dua beranak itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.
Dalam operasi itu, katanya SPRM turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 serta barang kemas bernilai kira-kira RM50,000 daripada kedua-dua pegawai berkenaan.
@sprm.malaysia Pasangan ibu dan anak antara lapan pegawai agensi penguat kuasa yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dalam serbuan Op Rentas yang dijalankan serentak di empat negeri sejak Selasa minggu lalu. Dalam operasi tersebut SPRM Negeri Sembilan turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 serta barangan kemas bernilai kira-kira RM50,000 daripada kedua-dua pegawai agensi penguat kuasa tersebut. Selain itu turut dirampas alat telekomunikasi yang bernilai kira-kira RM20,000, dua unit kereta bernilai kira-kira RM106,000 dan juga dua unit motosikal bernilai kira-kira RM20,000. Sementara itu, enam lagi suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita turut ditahan dalam operasi tersebut. Bagi keenam-enam tahanan tersebut, SPRM telah merampas dan menyita pelbagai barangan seperti wang tunai yang terdiri daripada Ringgit Malaysia bernilai kira-kira RM12,000; mata wang asing USD 5,000 dan baht 2,360 selain alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM29,000 juga barangan kemas bernilai kira-kira RM200,000. Pada masa yang sama, turut dibekukan akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai kira-kira RM1 juta. Pengarah Kanan Bahagian Perisikan, Dato’ Saiful Ezral Arifin berkata, kesemua suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket counter setting yang mana mereka dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukkan warga negara asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Ikuti media sosial rasmi SPRM untuk perkembangan berita selanjutnya. #taatsetia #SPRMMalaysia #rasuahdihinamaruahdibina
“Turut dirampas alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM20,000, dua kereta bernilai kira-kira RM106,000 dan dua motosikal bernilai kira-kira RM20,000.
“Bagi enam suspek lain terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita, SPRM turut merampas wang tunai RM12,000, mata wang asing USD5,000 dan baht 2,360, selain alat telekomunikasi bernilai kira-kira RM29,000 serta barang kemas bernilai kira-kira RM200,000,” katanya.
Pada masa sama, katanya akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai kira-kira RM1 juta juga dibekukan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, berkata semua suspek disyaki bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’.
Katanya, kesemua mereka dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Ibu, anak antara 8 pegawai agensi penguat kuasa ditahan berkait ‘counter setting’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
You must be logged in to post a comment.