Pelajar cemerlang lemas di air terjun
Pelajar cemerlang lemas di air terjun

SIK: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi bersama enam rakannya di air terjun Lata Mengkuang di sini, hari ini.
Muhamad Hanif Anaqi Muhammad Khaled, 16, yang juga pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Enggang di sini, dipercayai lemas sekitar jam 12.50 tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 1.16 tengah hari.
Katanya, sepasukan tujuh anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Shahril Salleh tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Ketika tiba, mangsa sudah ditemukan oleh orang awam pada kedalaman air kira-kira empat meter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Anggota Unit Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Sik memberi bantuan pernafasan pada peringkat awal namun tiada tindak balas.
“Dia disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Difahamkan, mangsa baru pulang daripada menyertai program larian di Kampung Jelutong bersama adiknya sebelum singgah mandi sekitar jam 12.30 tengah hari.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk tindakan lanjut.
Pelajar cemerlang lemas di air terjun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.