Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kota Samarahan

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kota Samarahan

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kota Samarahan
Gambar hiasan.

KUCHING: Seorang lelaki dikhuatiri hilang, dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang di sungai berhampiran Kampung Lubok Punggor, Kota Samarahan, dekat sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Ahmad Alzadkhri Sudin, 32, keluar bersama ahli keluarganya awal pagi sebelum dilaporkan dibaham buaya sekitar jam 4 petang.

Menurutnya kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari kampung dan usaha awal pencarian oleh penduduk gagal menemui mangsa.

“Dilaporkan mangsa menjalankan aktiviti menjala udang di tebing Sungai Lubuk Punggor Simunjan menggunakan perahu bersama ahli keluarganya pada awal pagi,” katanya.

Seramai enam anggota menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda tiba di lokasi pada pukul 7.03 malam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun operasi ditangguhkan pada 7.40 malam dan akan disambung semula pagi esok.

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kota Samarahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker