SAR teruskan operasi cari warga emas tertimbus
SAR teruskan operasi cari warga emas tertimbus

PENAMPANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun yang tertimbus dalam runtuhan tanah di Kampung Sarapung, di sini, masih diteruskan sehingga lewat malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zeno Tinggalan berkata, setakat ini mangsa masih belum ditemui dan pasukan penyelamat berdepan cabaran berikutan keadaan laluan masuk ke lokasi yang sukar dilalui.
“Anggota bomba terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer selepas jalan dinaiki air dan terhalang akibat runtuhan.
“Selain itu, keadaan tanah yang tidak stabil menyukarkan usaha menggali menggunakan peralatan sedia ada, justeru bantuan jentera berat sudah dimohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD),” katanya ketika dihubungi, tengah malam tadi.
Menurutnya, operasi SAR turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung yang membantu memberi maklumat awal mengenai kejadian.
Sebelum ini, seorang wanita dilaporkan cedera ringan selepas berjaya diselamatkan orang awam dalam insiden sama.
“Fokus utama kami adalah mencari mangsa lelaki yang dipercayai masih berada di bawah runtuhan rumah dua tingkat separuh kekal yang hampir musnah,” katanya.
Zeno berkata, keadaan cuaca tidak menentu turut menjadi cabaran, namun pihaknya akan meneruskan operasi sehingga mangsa ditemui.
SAR teruskan operasi cari warga emas tertimbus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.