Onana tolak peminat selepas Cameroon tewas
Onana tolak peminat selepas Cameroon tewas

Praia: Penjaga gol Manchester United, Andre Onana mencetus kontroversi apabila menolak seorang peminat selepas Cameroon tewas 0-1 kepada Cape Verde dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
Insiden itu berlaku sejurus tamat perlawanan di Praia, apabila ratusan penyokong membanjiri padang meraikan kemenangan bersejarah Cape Verde.
Onana, 29, yang berdepan permulaan musim hambar, sekali lagi dikritik selepas gagal menyelamatkan rembatan Dailon Livramento yang menjadi gol tunggal perlawanan.
Penjaga gol itu dilihat lambat bertindak ketika situasi satu lawan satu sebelum melayang ke arah yang salah, menyebabkan Cameroon tergelincir ke tangga kedua kumpulan dengan hanya baki dua perlawanan.
Bagaimanapun, sumber terdekat pemain itu menjelaskan tindakan Onana bukan kerana marah, sebaliknya bimbang terhadap keselamatannya.
“Selepas perlawanan, ramai peminat terutama penyokong Cape Verde membanjiri padang. Andre hanya mahu segera masuk ke bilik persalinan kerana padang terlalu sesak,” kata sumber itu.
“Selepas keadaan reda, ramai peminat masih menunggu bergambar dengannya, malah situasi sama berlaku ketika di lapangan terbang.”
Cameroon yang dibarisi pemain seperti Carlos Baleba dan Bryan Mbeumo kini perlu memenangi baki dua perlawanan untuk memastikan slot ke Piala Dunia tahun depan.
Onana yang dibawa masuk Erik ten Hag dua musim lalu terus menjadi pilihan utama United meskipun sering melakukan kesilapan.
Kesilapan terbaharunya hadir ketika bertemu Grimsby apabila dia gagal membaca lintangan, sekali gus membawa kepada gol mudah buat lawan.
Di United, dia digugurkan dalam tiga aksi awal liga musim ini dengan Altay Bayındır diberi kepercayaan mengawal gawang.
Situasi Onana bertambah sukar selepas United membuat kejutan pada tarikh tutup perpindahan dengan membawa masuk penjaga gol muda, Senne Lammens dari Royal Antwerp.
Onana tolak peminat selepas Cameroon tewas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.