Menantu putih mata, Camry bapa mentua dilarikan dari pusat cuci kereta
Menantu putih mata, Camry bapa mentua dilarikan dari pusat cuci kereta

JOHOR BAHRU: Seorang penghantar barang mendakwa kereta milik bapa mentuanya dilarikan dari sebuah pusat cuci kenderaan di bandar raya ini di sini, semalam.
Muhammad Sharuddin Mat Masrol, 30, berkata kejadian 2.30 petang itu apabila dia bersama isterinya membeli-belah di sebuah pasar raya di Pandan di sini.
Menurutnya, kurang setengah jam selepas membeli barang keperluan, dia kembali ke pusat cuci kenderaan itu untuk mendapatkan Toyota Camry ACV40 bewarna putih itu serta bernombor pendaftaran WTE8278.
Katanya, dia terkilan apabila pekerja pusat mencuci kereta itu mendakwa sudah menyerahkan kunci kepada seorang lelaki.
“Pekerja itu menyatakan lelaki itu tampil menuntut kunci, dia mendakwa kesilapan berlaku kerana ketika itu berurusan dengan pelanggan yang agak ramai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Pekerja itu menyatakan lelaki itu turut mengakui rakan saya ketika mendapatkan kunci,” katanya ketika dihubungi.
Muhammad Sharuddin berkata, dia melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan bagi tindakan lanjut.
“Kereta itu sebenarnya baru keluar dari bengkel selepas ia dibaik pulih, tidak sangka ia menjadi sasaran.
“Apa yang mengecewakan, pusat mencuci kereta itu juga tiada kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).
“Kami memohon orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kejadian atau kenderaan berkenaan menghubungi kami di talian 019-8283770,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian serta menerima laporan berkaitan kehilangan kereta itu.
Seorang penghantar barang mendakwa kereta milik bapa mentuanya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.