21 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Selagon

21 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Selagon

21 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Selagon
Anggota bomba membantu mangsa banjir berpindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon dengan menggunakan lori bomba. – Foto NSTP/Ihsan BOMBA

BEAUFORT: Seramai 21 mangsa banjir daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Selagon selepas kediaman mereka di Kampung Kukup dan Kampung Kangsa, di sini, dinaiki air, petang tadi.

Dalam kejadian itu, sebuah keluarga membabitkan empat mangsa terperangkap di Kampung Kukup, manakala empat keluarga lagi membabitkan 17 mangsa terkandas di Kampung Kangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Penolong Penguasa Bomba, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang sebelum empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera pacuan empat roda.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati terdapat 21 mangsa terperangkap di dalam banjir.

“Semua mangsa berjaya dipindahkan ke PPS Selagon dengan menggunakan lori bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Menurutnya, operasi itu turut mendapat bantuan 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan pemantauan berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa berikutan cuaca tidak menentu.

21 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Selagon


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker