Pocong muncul ketika fenomena Blood Moon

Pocong muncul ketika fenomena Blood Moon

Pocong muncul ketika fenomena Blood Moon
Tangkap layar video menunjukkan kelibat pocong berdiri di belakang rumah penduduk kelmarin. – InstagramPocong muncul ketika fenomena Blood Moon

JAKARTA – Penduduk di Jember, wilayah Jawa Timur berdepan detik seram apabila melihat kelibat didakwa pocong di belakang rumah mereka pada waktu malam, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian dirakam di Kampung Glundengan sebelum berlakunya fenomena gerhana bulan penuh atau Blood Moon kelmarin.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pesonajember menunjukkan susuk serba putih sedang berdiri tegak di belakang rumah penduduk.

Orang ramai termasuk kanak-kanak berlari sambil menjerit ketakutan selepas melihat apa yang kelihatan seperti pocong itu.

“Malam sebelum gerhana bulan adalah waktu makhluk ghaib berkeliaran,” kata seorang netizen.

“Ia pun sibuk nak tengok gerhana bulan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Pocong muncul ketika fenomena Blood Moon

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker