Ops Sikaro: 14 syarikat didapati salah guna lesen import – SPRM

Ops Sikaro: 14 syarikat didapati salah guna lesen import – SPRM

Ops Sikaro: 14 syarikat didapati salah guna lesen import - SPRM
Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 14 syarikat miliki lesen import sah dalam Ops Sikaro mendapati menyalahguna dengan membuat pengisytiharan palsu bagi mengelak cukai dan membawa masuk barangan haram.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, berkata modus operandi yang dikenal pasti termasuk menukar kod kastam dan butiran barangan untuk mengurangkan pembayaran cukai sebenar.

“Walaupun lesen dimiliki adalah sah, kegiatan utama syarikat terbabit sebenarnya adalah penyeludupan tembakau, rokok, cerut serta minuman keras,

“Barangan disimpan di gudang persendirian sebelum diedarkan ke pasaran tanpa melalui saluran sah,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Zamri, siasatan turut mendapati beberapa syarikat bertindak sebagai ejen penghantar atau ‘forwarding agents’ tanpa memiliki lesen atau dokumen lengkap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


“Peranan itu sekali gus mempermudah berlakunya penyelewengan dan penyeludupan kerana mereka menjadi penghubung utama dalam proses penghantaran,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan itu mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil cukai lebih RM250 juta hanya membabitkan tembakau dan cerut antara 2020 hingga 2024, manakala jumlah keseluruhan dipercayai lebih besar.

“SPRM sudah membekukan akaun perbankan individu dan syarikat bernilai kira-kira RM218 juta serta menggantung lesen import beberapa pihak terbabit,

“Kes seperti ini menjadi skop utama kerana wang hasil cukai sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara. Justeru, SPRM tidak boleh berkompromi dalam isu rasuah, pengubahan wang haram atau penyeludupan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker