Siti Nurhaliza – Saya Dah Tua, Lagi 4 Tahun Nak Masuk 50 [VIDEO]

Jadi Saya Mahu ...

Siti Nurhaliza – Saya Dah Tua, Lagi 4 Tahun Nak Masuk 50 [VIDEO]

Siti Nurhaliza - Saya Dah Tua, Lagi 4 Tahun Nak Masuk 50 [VIDEO]

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan sebuah podcast dimana Tokti memberi tahu bahawa lagi beberapa tahun umur beliau akan mencecah 50 tahun, jadi apa yang beliau mahukan adalah jalani hidup dengan tenang bersama anak-anak dan keluarga sambil bersiap sedia untuk menuju negara abadi nanti.

Video berkenaan dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @_miraa…_ kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 275 ribu, tanda suka sebanyak 7,662 dan sebanyak 147 komen.

@_miraa…_

#me #at46 #hiduptenang #batchmates #positiveenergy

♬ original sound – _mira…_ – _mira…_

Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa melihat penyanyi kesayangan mereka semakin berumur mengingatkan mereka bahawa masa berlalu dengan begitu pantas kerana mereka melihat Tokti menyanyi semenjak berusia 16 tahun.

“walaupun umur tokti 46 tahun tapi masih lagi nampak macam 30 tahun kekal cantik”

“Bagus tokti dah mula pelahan dalam bidang nyanyian dan lebih tertumpu pada akhirat, semoga tokti mendapat ketenangan”

“Cepatnya masa berlalu, dulu tengok tokti umur 16 tahun sekarang dah 46 tahun”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Siti Nurhaliza - Saya Dah Tua, Lagi 4 Tahun Nak Masuk 50 [VIDEO]

 

Info tambahan, Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, penyanyi, pelakon, dan usahawan terkenal Malaysia, dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Dijuluki “Ratu Pop Malaysia,” beliau memulakan kerjaya muziknya pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan Bintang HMI 1995.

Dengan suara merdu dan karisma memukau, Siti Nurhaliza telah menghasilkan lebih 20 album studio, merangkul pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik (AIM) dan MTV Asia Awards. Selain muzik, beliau terlibat dalam lakonan, termasuk filem *Biarkan Bintang Menari*, serta memiliki syarikat kosmetik, SimplySiti.

Siti juga dikenali kerana kerja amalnya melalui yayasan bersama suaminya. Bergelar Dato’ Sri oleh Kerajaan Pahang, beliau adalah ikon budaya Malaysia yang terus memikat hati peminat dengan bakat dan dedikasinya dalam seni.

Siti Nurhaliza – Saya Dah Tua, Lagi 4 Tahun Nak Masuk 50 [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker