Pengawal keselamatan maut motosikalnya langgar lori tangki
Pengawal keselamatan maut motosikalnya langgar lori tangki

PORT DICKSON: Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 2, Jalan Pantai di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya mengesahkan kemalangan maut yang berlaku jam 8 pagi tadi.
“Kemalangan membabitkan kedua kenderaan, sebuah lori tangki dan sebuah motosikal yang menyebabkan penunggang motosikal lelaki yang juga bekerja sebagai Pengawal Keselamatan berusia 21 tahun maut di tempat kejadian.
Maslan berkata, siasatan awal mendapati lori tangki itu keluar dari sebuah stesen minyak di Kilometer 2, Jalan Pantai untuk membelok masuk ke jalan utama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Pada masa yang sama, motosikal mangsa yang datang daru arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kanan lori tangki itu.
“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya.
Maslan berkata, mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Port Dickson untuk tujuan bedah siasat.
“Pemandu lori tangki, seorang lelaki berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ujian saringan air kencing pemandu didapati negatif dadah dan kedua-dua kenderaan itu di bawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran juga sudah diperolehi bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.
“Polis menasihatkan semua pengguna jalan rata agar sentiasa berhati-hati mematuhi undang-undang jalan raya serta memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
Pengawal keselamatan maut motosikalnya langgar lori tangki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.