Mengantuk, dipercayai punca kemalangan maut di SKVE – polis

Mengantuk, dipercayai punca kemalangan maut di SKVE – polis

Mengantuk, dipercayai punca kemalangan maut di SKVE - polis
Berita disiarkan BH Online.

SHAH ALAM: Mengantuk dipercayai menjadi punca empat lelaki tempatan maut selepas pikap yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di kilometer 27.7 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat Kuala Langat, awal pagi tadi.

Mengantuk, dipercayai punca kemalangan maut di SKVE - polis
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi . – Foto BERNAMA

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu, Ford Ranger berwarna kuning yang dipandu seorang lelaki bersama tiga rakan dalam perjalanan dari Dengkil menuju Banting dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, semua mangsa yang berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Banting.

“Semua waris mangsa sudah tampil membuat laporan polis serta memberi keterangan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa maut ialah P Mahendran; S Gobhu, B Thivagar dan C Sivanandan, semua mereka berusia 40-an.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor S Taneswaran di talian 03-31872222 atau 012-6708561, atau mana-mana balai polis berhampiran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) akta pengangkutan jalan 1987.

 

Mengantuk, dipercayai punca kemalangan maut di SKVE – polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker