Kegembiraan keluarga berkelah sempena cuti umum berubah tragedi, remaja lemas di Pantai Sabandar

Kegembiraan keluarga berkelah sempena cuti umum berubah tragedi, remaja lemas di Pantai Sabandar

Kegembiraan keluarga berkelah sempena cuti umum berubah tragedi, remaja lemas di Pantai Sabandar
Anggota operasi SAR mengusung mayat mangsa yang ditemui lemas di tepi pantai. – Foto ihsan bomba

TUARAN: Kegembiraan seorang remaja lelaki berkelah bersama keluarga sempena cuti umum sambutan Hari Kebangsaan, hari ini, berubah menjadi tragedi apabila dia ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika bermandi-manda di Pantai Sabandar, di sini.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.23 petang berhubung kehilangan mangsa berusia 15 tahun itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata mayat remaja itu dijumpai pada jam 7.05 malam oleh orang awam yang turut membantu operasi SAR.

“Mangsa ditemui di tepi pantai, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata, seramai 14 anggota termasuk daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu, bersama enam jentera, bot serta kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terbabit dalam operasi SAR itu.

“Selain itu, operasi turut dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung berhampiran. Operasi SAR itu ditamatkan pada jam 7.50 malam,” katanya.

Kegembiraan keluarga berkelah sempena cuti umum berubah tragedi, remaja lemas di Pantai Sabandar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker