Moraes ledak hatrik pastikan SFC belasah TFC 5-2

Moraes ledak hatrik pastikan SFC belasah TFC 5-2

Moraes ledak hatrik pastikan SFC belasah TFC 5-2
MORAES menunjukkan isyarat angka tiga selepas meledak hatrik yang memastikan SFC membelasah TFC 5-2 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, malam ini. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Petaling Jaya: Selangor FC (SFC) seolah-olah melepas geram apabila melakar kemenangan besar 5-2 ke atas Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Kemenangan selesa itu menutup ‘cerita sedih’ di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Ahad lalu apabila Red Giants kecewa tewas 1-2 di tangan Negeri Sembilan FC (NSFC), sekali gus dikritik hebat oleh penyokong skuad Merah Kuning.

Pemain import dari Brazil, Chrigor Moraes menjadi duri dalam daging buat TFC yang gagal merantai pergerakan penyerang itu hingga membolehkan bekas pemain Buriram United itu meledak hatrik pertamanya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sebaliknya bagi kem TFC, kekalahan itu agak mengejutkan ketika anak buah Badrul Afzan Razali sebelum itu cukup hebat membenam Brunei DPMM FC 5-0 di tempat lawan.

Pelawat seharusnya di depan seawal minit ketujuh, namun jaringan Yann Mabella dibatalkan selepas dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Lima minit kemudian, Akhyar Rashid pula mensia-siakan peluang apabila percubaannya tepat ke dakapan Kalamullah Al-Hafiz untuk melegakan penyokong tuan rumah.

Pada minit ke-17, jaringan pertama terhasil apabila Moraes mudah menanduk masuk hantaran lintang Alvin Fortes yang tepat ke sasaran, sekali gus gagal dihalang Mohd Suhaimi Husin.

Pertahanan TFC sekali lagi mudah diatasi pada minit ke-25 apabila Fortes memperdaya pemain pertahanan untuk melepaskan rembatan leret buat gol kedua tuan rumah.

Moraes mencetak gol ketiga pada minit ke-36 selepas dia bijak meloloskan diri sebelum menolak masuk ke pintu gol yang sudah ternganga luas.

Seminit sebelum babak pertama berakhir, Moraes melengkapkan hatrik dengan satu percubaan deras buat meletakkan SFC selesa mendahului dengan empat gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Skuad Penyu tampil lebih kemas di separuh masa kedua dan hampir meledak gol pertama menerusi sepakan percuma Careca di minit ke-62, namun sepakannya singgah ke palang gol.

Pada minit ke-69, TFC dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati Sharul Nazeem Zulpakar menjatuhkan Gabriel Silva Costa dan Gabriel mudah menewaskan Kalamullah untuk gol pertama pelawat.

Seperti ketika tewas kepada NSFC sebelum ini, faktor kecergasan pemain Selangor khususnya di bahagian pertahanan menyaksikan TFC menggunakan kesempatan itu untuk meraih gol kedua hasil sentuhan Junior Stephen Ngong di minit ke-81.

Ketika aksi semakin hampir menuju wisel penamat, pemain gantian Aliff Izwan meledak gol kelima buat memastikan anak didik Katsuhito Kinoshi meraih tiga mata penuh di depan penyokong sendiri.

Moraes ledak hatrik pastikan SFC belasah TFC 5-2

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker