Kombinasi Fahmi, Syed letakkan seketika KL City dipuncak Liga Super
Kombinasi Fahmi, Syed letakkan seketika KL City dipuncak Liga Super

Kuala Lumpur: Buat pertama kali dalam tempoh lebih dua dekad sejak liga utama dijenamakan kepada Liga Super, pasukan Kuala Lumpur atau kini dikenali Kuala Lumpur City FC (KL City) berada di puncak liga selepas mengumpul 10 mata daripada empat aksi dilalui setakat ini.
Ia susulan kemenangan selesa 3-1 ke atas PDRM FC yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, di Cheras malam tadi, sekaligus menyaksikan skuad The City Boys melonjak ke tangga pertama buat sementara waktu.
Menurut Pengerusi KL City FC, Syed Yazid Syed Omar, kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa bantuan semua pihak khususnya Penaung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Fahmi Fadzil.
Katanya, walaupun perjalanan Liga Super masih panjang, namun setidak-tidaknya kejayaan ini bakal melonjakkan motivasi pemain dan barisan kejurulatihan untuk memberikan aksi terbaik dalam setiap aksi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
“Datuk Fahmi, barisan Exco KLFA, jurulatih, pemain dan penyokong adalah kunci kekuatan pasukan,” katanya.
Syed Yazid yang mula bersama KLFA sejak 2013 sebelum dilantik sebagai Presiden pada Oktober tahun lalu akui Naib Presidennya, Datuk Sham Shamrat Sen Gupta juga individu penting yang mencorakkan pasukan.
Berdasarkan rekod, pencapaian terbaik KL City di Liga Super sejak 2004 adalah meraih tempat keenam sebanyak tiga kali iaitu pada musim 2021, 2022 dan 2024.
Malah, sejarah pertandingan menyaksikan kali terakhir KL menjuarai liga adalah pada 1988 yang ketika itu saingan divisyen satu dikenali sebagai Piala Liga babitkan 17 pasukan bertanding.
Begitupun Kedudukan liga dijangka berubah apabila juara 11 musim berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) turun beraksi menentang Imigresen FC petang esok.
Namun setidak-tidaknya kejayaan KL City di puncak liga memberi suntikan tonik buat anak buah Risto Vidakovic yang berpeluang memberi cabaran kepada JDT musim ini.
Kombinasi Fahmi, Syed letakkan seketika KL City dipuncak Liga Super
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.