Jalur Gemilang dipasang terbalik di premis Bukit Bintang, polis buka kertas siasatan

Jalur Gemilang dipasang terbalik di premis Bukit Bintang, polis buka kertas siasatan

Jalur Gemilang dipasang terbalik di premis Bukit Bintang, polis buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah premis di Bukit Bintang, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.07 tengah hari semalam.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

“Pemilik premis dan pekerja yang memasang bendera Malaysia terbabit sudah dirakam percakapan, semalam.

“Siasatan masih berjalan dan dalam proses untuk dilengkapkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu klip rakaman tular dalam media sosial memaparkan premis itu menggantung Jalur Gemilang secara terbalik, sehingga mendapat pelbagai reaksi warganet yang berang.

Jalur Gemilang dipasang terbalik di premis Bukit Bintang, polis buka kertas siasatan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker