Wan Maimunah – Biarlah Allah Sahaja Membalasnya

“Saya Halalkan Sahaja, ”-

Wan Maimunah – Biarlah Allah Sahaja Membalasnya

“Rezeki tidak pernah salah alamat”, kongsi Wan Maimunah.

Setelah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, aktres veteran Wan Maimunah kembali meraih perhatian orang ramai apabila beliau tampil berkongsi pengalaman pahitnya semasa bergelar sebagai pelakon. Wan Maimunah, atau lebih gemar dirinya disapa sebagai Ibu, mendedahkan bahawa dirinya telah ditipu oleh sebuah syarikat produksi.

Memetik kenyataan Wan Maimunah daripada Berita Harian, aktres veteran ini mendedahkan bahawa syarikat produksi berkenaan enggan melakukan bayaran untuk sebuah drama selepas beliau telah selesai menjalankan bahagian kerjanya.

Wan Maimunah - Biarlah Allah Sahaja Membalasnya
Foto – Utusan Malaysia
Enggan menunding jari dan memanjangkan keadaan, Wan Maimunah mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk memaafkan kru dan syarikat produksi yang telah menipunya sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


“Selepas menunaikan ibadah haji tahun lalu, saya sudah nekad mahu berehat. Hati saya terlalu sedih kerana kerap ditipu orang. Ada drama saya berlakon, tetapi bayara langsung tidak diterima. Namun saya yakin, rezeki daripada Allah tidak akan pernah salah alamat.”

Wan Maimunah - Biarlah Allah Sahaja Membalasnya
Foto – Rotikaya

Sebelum ini, Wan Maimumah juga akui pernah bertekad untuk tidak memaafkan dan menghalalkan penipuan daripada pihak terbabit tetapi demi ketenangan hatinya serta redha dengan ketentuan Allah, beliau akhirnya memaafkan mereka. Pada masa yang sama, Wan Maimumah juga tidak mahu berkongsi identiti pihak yang terbabit.

“Dulu saya pernah kata, walau satu sen pun saya takkan halalkan dunia akhirat. Tetapi Allah beri hidayah, saya halalkan sahaja. Saya serah pada Allah dan berdoa agar mereka diberi kesedaran. Saya tak mahu buka aib orang. Kalau saya beritahu, mungkin akan menutup rezeki mereka. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.”

Sekitar bulan Mac lepas, Wan Maimunah telah mencuri tumpuan ramai apabila aktres veteran ini dilihat menjual juadah berbuka puasa di gerai ayam golek ‘Ferris Wheel’ milik anaknya di Kampung Wakaf Beruas, Terengganu.

Wan Maimunah – Biarlah Allah Sahaja Membalasnya

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker