Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima

Curi Perhatian Netizen!

Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima

Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima

Perkongsian aktor, Fattah Amin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa ketika bercuti bersama anak perempuannya, Fatima di Hong Kong Disneyland, baru-baru ini.

Kongsi Momen Bercuti Dengan Fatima

Menerusi hantaran di media sosial Instagram dan Thread, Fattah turut memuatnaik beberapa foto yang memaparkan Fatima yang kelihatan comel memakai gaun salah satu watak animasi popular Frozen, Elsa yang berwarna biru ketika bersiar-siar sekitar Hong Kong Disneylang bersama sepupunya yang lain.

“Disneyland trip 🏰 with my precious 💙.”-kapsyen Fattah di media sosial

Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima

“Anak Solehah Ni Memang Happy betul Bila Dengan Daddy..”

Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima

Perkongsian Fattah dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya berkongsi rasa gembira melihat aktor ini mencipta kenangan indah ketika bercuti bersama anak perempuannya itu.

“Wah masyaAllah so happy to see daddy & Fatima had a good times and sweet memories together.”

“Ya Allah bahagianya Fatima bercuti dengan daddy. Anak solehah ni memang happy betul bila dengan Daddy dia eh.”

“Alhamdulillah yang penting Fatima happy.”

“Alaaa seronoknya jalan-jalan dengan Daddy 😍.”

“Cantiknya kasut Cinderella dia.”

“Daddy’s girl, seronok Nyama ya jalan-jalan.”

“Happening nye together dengan Daddy.”

“Tiada yang sempurna, tapi bila melihat seorang bapa sentiasa mencuba untuk memberikan keseronokan kepada anak perempuannya, hati saya membisik Alhamdulillah. Tak semua orang dikurniakan seorang bapa yang baik, dan tak semua orang mempunyai peluang untuk berkongsi momen ini bersama-sama.”

Sekadar info, Nur Fazura dan Fattah Amin pernah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah pada Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 5 tahun.

Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker