Isteri Fizo Omar Bersyukur Peroleh Keputusan Cemerlang Selepas Ambil Peperiksaan Ketika Berpantang
Isteri Fizo Omar Bersyukur Peroleh Keputusan Cemerlang Selepas Ambil Peperiksaan Ketika Berpantang
Isteri kepada aktor, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai meluahkan rasa syukur apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat ijazah sarjana yang diambil ketika dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata ketiga pada Jun lalu.
Fazeera menerusi hantaran di Insta Stories, turut memuatnaik tangkap layar keputusan peperiksaannya bagi semester kedua dan mengakui tidak menyangka dirinya mampu untuk memperoleh gred A untuk keempat-empat subjek walaupun menduduki peperiksaan dalam tempoh berpantang.
“Sumpah saya menangis di bahu suami saya. Buat exam time berpantang, buat konsep paper 30 pages in less than 2 weeks. Ya Allah syukur!.”-kongsi Fazeera di Insta Stories
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Berdisiplin Dari Segi Pengurusan Masa
Tambahnya lagi, Fazeera menyatakan bahawa pencapaiannya itu telah mengajarnya banyak perkara termasuklah menjadi lebih berdisiplin dari segi masa untuk selesaikan tugasan sebagai isteri dan ibu, pelajar, dan untuk diri sendiri.
“Sebenarnya ada anak kecik-kecik ramai mengajar Faz banyak perkara tau. First, saya jadi lebih berdisiplin dengan masa sebab saya tahu masa itu adalah segalanya untuk menguruskan duniawi ni.
Contoh, sehari sebelum saya dah set jadual apa nak buat the next day, kalau tak saya akan bangun pagi dengan rasa sangat rugi.
Saya akan atur masa buat live time bila, assignment time bila, nak exercise time bila.”-tulis Fazeera
Lebih Menghargai Masa Bersama
Bukan itu sahaja, isteri kepada Fizo Omar ini turut berpendapat dia dan suami menjadi lebih menghargai masa bersama berbanding sebelum kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga mereka.
“Suami dan saya lebih menghargai our me time berbanding zaman takda anak kecik dulu.
Sekarang, kami sentiasa mencari masa untuk sekurang-kurangnya berborak, berkongsi perkembangan dan goals satu sama lain.
Kat rumah bukan lagi tempat untuk saya menjadi seorang isteri kerana saya sibuk menjadi seorang ibu.
Jadi, kita akan arrange masa sama-sama time anak tengah tidur pagi hujung minggu, kiteorang keluar time lepas Subuh hanya untuk bertentang mata bersama.”-tambah Fazeera lagi
Isteri Fizo Omar Bersyukur Peroleh Keputusan Cemerlang Selepas Ambil Peperiksaan Ketika Berpantang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.