Tya Arifin Beli Kasut Kepada Ibu Bapa [VIDEO]
Curi Perhatian Netizen-“Saya Jeles Laa.”
Tya Arifin Beli Kasut Kepada Ibu Bapa [VIDEO]
Usahawan dan menantu kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen ketika dia menghabiskan masa bersama keluarganya dari negara seberang yang datang melawat di Malaysia, baru-baru ini.
Tya menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dapat dilihat dia sedang membelikan beberapa pasang kasut buat ibubapa serta ahli keluarganya di salah sebuah pusat beli belah terkenal di ibu kota.
Malah, Tya turut membawa keluarganya melihat produk jamu resepi keluarganya kini semakin berkembang dan mula dijual di drugstore.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
“Kelmarin saat Ibu Ayah ke sini, bawa mereka beli kasut, kalau dah berusia ni kasut main peranan untuk jalan sedap sikit.
Lepastu alang-alang dah di TRX Mall, mereka tak tahu lagi kalau jamu resepi keluarga dah ada di mall, eh Watson 😆🥹.
Ya Allah, kuatkanlah Tya dalam perjuangan bisnes jamu ini dan Tya bersyukur dah 7 tahun berniafa, akhirnya Jamu dah ada di Watsons Malaysia.”-kongsi Tya Arifin di TikTok
@tyaarifinnw Kemarin saat Ibu Ayah kesini bawa mereka beli kasut, kalau dah berusia ni kasut main peranan untuk jalan sedap sikit. Lepastu alang alang dah di Trx Mall, mereka tak tahu lagi kalau Jamu Mutyara ada di Watson dah. Jadi Tya bawa mereka first time🥹 Ayah Ibu terkejut juga, dan tak sangka jamu resepi fam dah ada di mall , eh Watson 😆🥹 Ya Allah kuatkanlah Tya dalam perjuangan bisnis Mutyara ini dan Tya bersyukur dah 7 tahun berniaga, akhirnya Jamu Mutyara dah ada di Watson Malaysia 🥹 Perjalanan yang tak mudah, dari Indonesia hingga Malaysia🥹 Terimakasih bagi yang sentiasa amalkan, dan yang lain boleh coba dan dapatkan di Watson terdekat ya, bulan merdeka ni ada promo juga disana❤️ Miss them so much…
“Mak Dengan Ayah Mesti Rasa Bangga..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang turut meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat Tya yang masih mempunyai ibubapa dan dapat berbakti kepada mereka.
“Teringat dengar Podcast Tya, nangis dengar pengalaman Tya dulu-dulu.”
“Semoga kedua ibubapa Tya dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.”
“Ibu dan ayah Tya mesti orang baik-baik. Nampak soft je ayahnya.”
“Saya jeles la, bestnya ada mak ayah pastu jalan-jalan kat mall, pastu makan-makan, bahagianya hidup. Semoga sihat selalu pakcik makcik.”
“Mak dengan ayah mesti rasa bangga dan bersyukur sangat sebab anak dia dah berjaya.”
“Beruntung masih ada orang tua lagi. Semoga murah rezekinya kerana memuliakan orang tuanya Aamin.”
Tya Arifin Beli Kasut Kepada Ibu Bapa [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.