Pelajar jatuh tingkat tiga asrama: Siasatan dalaman KPM ambil kira aspek pergaduhan, buli
Pelajar jatuh tingkat tiga asrama: Siasatan dalaman KPM ambil kira aspek pergaduhan, buli

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil kira semua aspek termasuk kemungkinan insiden pergaduhan, gejala buli atau unsur lain dalam siasatan dalaman susulan kejadian seorang pelajar tingkatan tiga yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pihaknya juga sedia memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi melengkapkan siasatan menyeluruh.
“KPM percaya pihak polis akan dapat melaksanakan tanggungjawab dan tugas dengan baik dan akhirnya akan memberikan laporan siasatan yang terperinci berhubung dengan kejadian yang berlaku ini,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Mohd Azam berkata, KPM juga akan melihat sama ada pihak sekolah mematuhi Garis Panduan Sekolah Selamat, berkaitan dengan pengendalian kes buli dan juga gangguan seksual.
“Mungkin bagi satu pihak tindakan itu ialah satu kelewatan, namun bagi pihak lain, langkah itu ialah satu kebijaksanaan. Dalam garis panduan kita, Sekolah Selamat itu, kita berikan tumpuan untuk keselamatan dahulu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mohd Azam berkata, pelajar yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh itu, kini ditidurkan.
“Saya ada melawat pelajar berkenaan dan daripada taklimat yang diberikan oleh pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh yang mengendalikan kes ini, fokus setakat ini adalah pada kecederaan kepala dan juga kecederaan otak pelajar,” katanya.
Beliau berkata, Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden sekolah berkenaan telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga proses siasatan selesai.
“Penempatan sementara Pengetua, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada tekanan emosi berikutan dengan kejadian yang berlaku.
“Langkah ini dapat meleraikan sedikit tekanan seterusnya memudahkan siasatan dalaman dilakukan oleh KPM berhubung dengan pematuhan garis panduan, prosedur berkaitan dengan Sekolah Selamat dan urusan pengendalian buli serta gangguan seksual yang ada pada peringkat kementerian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Mohd Azam berkata, pihak sekolah juga telah diarahkan mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat untuk mendoakan supaya pelajar berkenaan diberi perlindungan, keselamatan dan kesembuhan.
“Kementerian merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa murid atas kejadian yang telah berlaku dan saya bagi seluruh warga KPM mendoakan agar murid ini diberi kesembuhan dan diselamatkan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan pelajar terbabit berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Pelajar jatuh tingkat tiga asrama: Siasatan dalaman KPM ambil kira aspek pergaduhan, buli
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.